KITARAN HIDUP SEEKOR AYAMKitaran hidup seekor ayam adalah sebagaimana berikut:
- Telur ayam menetas selepas 21 hari.
- Anak ayam tumbesar menjadi ayam dewasa.
- Kitaran hidup berterusan apabila ayam dewasa bertelur.
KITARAN HIDUP SEEKOR KATAKKitaran hidup seekor katak adalah sebagaimana berikut:
- Telur yang tersenyawa berkembang menjadi berudu.
- Berudu matang mempunyai kaki belakang.
- Berudu matang menjadi anak katak.
- Anak katak menjadi katak dewasa.
- Kitaran hidupan berterusan apabila katak dewasa bertelur.
KITARAN HIDUP SEEKOR LIPASKitaran hidup seekor lipas adalah sebagaimana berikut:
- Telur dikeluarkan dalam satu sarang telur. Sarang telur ini mengandungi antara 16 hingga 40 biji telur.
- Daripada sarang telur itu, muncul lipas muda ( nimfa ).
- Nimfa bersalin kulit beberapa kali.
- Akhirnya, nimfa itu menjadi lipas dewasa.
- Kitaran hidup berterusan apabila lipas dewasa bertelur.
KITARAN HIDUP SEEKOR RAMA-RAMAKitaran hidup seekor rama-rama adalah sebagaimana berikut:
- Telur yang tersenyawa berkembang menjadi ulat beluncas.
- Ulat beluncas berubah menjadi kepompong.
- Akhirnya, rama-rama akan muncul.
- Kitaran hidup berterusan apabila rama-rama dewasa bertelur.
GERHANA BULANGerhana bulan berlaku apabila bulan terlindung dalam bayang-bayang bumi.
Hal
ini terjadi apabila bumi berada di antara bulan dengan matahari. Cahaya
matahari disekat oleh bumi dan tidak sampai ke bulan. Akibatnya, bulan
tidak kelihatan kerana berada dalam bayang bumi.
Dengan demikian menyebabkan berlakunya gerhana bulan.